Sunday, March 27, 2011

Gotong-royong Taman Angkat

Gotong- royong perdana nie, diadakan pada 26 Mac 2011 jam 8-11 pagi di Semera.....sempat jugak buat signboard drp bahan terbuang....tq ya terutama pelajar sesi petang yg sudi hadir. So, cikgu 
post kan gambar2 u all semua...









Tq...utk ahli-ahli yang sudi hadir....

Saturday, March 26, 2011

KELAS ASAS FOTOGRAFI

Kelas Asas Fotografi telah berjaya disempurnakan pada 24 Mac 2011 jam 3- 5 ptg di Makmal Komputer 2 SMK Raja Ali. Dengan ini seluruh warga Kelab Seni Foto merakamkan jutaan terima kasih buat tenaga pengajar En Zul (http://www.zulphoto.com/) di atas kesudian beliau menawarkan tunjuk ajar serta curahan ilmu yang tak mampu kami balas. Budi baik En Zul dengan memberi kelas percuma pada warga Semera amat kami hargai.

Kelas Asas Fotografi ini telah dihadiri oleh 30 orang pelajar SMK Raja Ali (ahli kelab Seni Foto dan bukan ahli). Sepanjang kelas berlangsung pelajar yang hadir menunjukkan minat yang penuh mendalam apatah lagi En Zul telah menerangkan isi pengajaran dengan cara serta contoh yang mudah pelajar fahami.  (senarai nama pelajar yang terlibat akan cikgu update dalam beberapa hari ini)








Gambar-gambar ini diambil oleh Pengerusi, Shu Ling. Bagaimanapun cikgu tak sempat nak edit2 dulu mana2  yang gelap dek kesuntukan masa.




Gambar ini diambil oleh peserta-peserta kelas menggunakan kamera biasa sahaja (bukan kamera dslr). Untuk masa terdekat nanti cikgu akan upload gambar2 yang diambil dari kamera DSLR.

------ belum habis update (to be continue...)